bila perempuan mula menangis
Thursday, 20 October 2011 | 23:59 | 0 comments
pernahkah anda tertanya-tanya
kenapa seseorang perempuan menangis
hanya kerana dalam jiwanya ada seorang lelaki ?
mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta
bahawa perempuan memang suka menangis .
tapi tahukah anda seorang perempuan
tidak akan menangis dengan begitu mudah
tetapi hanya bila dia benar-benar menyintai anda .
dia mula merendahkan egonya
semata-mata kerana anda .
apabila dia menangis kerana anda .
di hadapan anda .
pandanglah matanya .
bolehkan anda rasa apa yang di rasai nya ?
pernahkah anda cuba untuk memahami
apa yang dia rasa ?
fikirlah , berbaloikah dia menangis dihadapan anda .
hanya kerana anda ?
dia menangis bukan kerana lemah .
bukan kerana minta simpati .
tapi kerana dia tidak mampu menangis lagi di dalam hati
kerana apa yang di rasainya menjadi
begitu berat untuk di tanggung sendirian .
wahai kaum adam ,
cubalah ambil masa untuk berfikir .
jika kerana tangisan itu hanya kerana anda .
mungkin sudah tiba masanya untuk anda fikirkan kembali
dimanakah silap anda sehingga gugurnya air mata kaum hawa itu ?
hanya anda tahu dimana silapnya
dan hanya anda tahu apa jawapan nya .
fikirkan .
kerana suatu hari nanti mungkin terlalu lambat
untuk anda menyesali semuanya dan
mungkin saja terlalu lambat untuk mengucapkan
maafkan saya .
wahai kaum adam .
jika seseorang hawa menangis keranamu .
janganlah biar dia menangis seorang diri .
beradalah di sisinya . temani hatinya .
kerana hanya dia yang akan setia menemani anda
hingga akhir hayat anda .
jangan sesekali meninggalkan dia .
kerana di saat dia menangis ,
dia amat mengharapkan kehadiranmu .
jangan pernah mengungkapkan
rasa cinta , kasih dan sayang kepada seseorang perempuan
jika anda masih belum sedia untuk bercinta .